Sebuah Pertemuan

Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA yang dikasihi seantero dunia. Semoga dalam rahmat dan perlindunganNYA sentiasa walau di mana jua berada. Aminnn 😉

Terima kasih pada yang sudi menjadi teman,

Terima kasih pada yang sudi bersahabat online juga offline,

Terima kasih rakan-rakan zaman sekolah rendah, menengah, kolej mahupun universiti,

Terima kasih leader-leader, mentor-mentee sudi berkongsi ilmu bisnes,

Terima kasih ALLAH SWT kerana tanpa DIA, NA tak ditemukan dengan kalian semua.Doakan baik-baik ye.

Andai ini hayat NA yang terakhir, dan tiada lagi perkongsian blog/vlog juga media sosial lain, panjangkanlah penulisan yang baik-baik saja kepada kawan-kawan yang mencari sedikit aspirasi dan motivasi untuk kesinambungan hidup. Dan, yang buruk itu jadikan sempadan. NA juga manusia biasa yang tak sempurna dari berbuat khilaf.

Hanya penulisan yang mampu dekatkan jarak kita ini.

 

<><><><><>

 

Ketika diri mencari sinar,
Secebis cahaya menerangi laluan,
Adakalanya langkahku tersasar,
Tersungkur di lembah kegelapan,

Bagaikan terdengar bisikan rindu,
Mengalun kalimah menyapa keinsafan,
Kehadiranmu menyentuh kalbu,
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan,
Kau bisikkan bicara keinsafan,
Kau beri kekuatan,
Tika aku,
Diuji dengan dugaan,
Saat ku kehilangan keyakinan,
Kau nyalakan harapan,
Saat ku meragukan keampunan Tuhan,
Kau katakan rahmatNya,
Mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan,
Kepada sebuah pertemuan,
Kehadiranmu mendamaikan,
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran,
Kau gilap cahaya kebahagiaan,
Tulus keikhlasan menjadi ikatan,
Dengan restu kasihMu,
Oh Tuhan…

Titisan air mata menyubur cinta, Dan rindu pun berbunga,
Mekar tidak pernah layu,
Damainya hati,
Yang dulu resah keliru,
Cintaku takkan pudar diuji dugaan,
Mengharum dalam harapan,
Moga kan kesampaian kepada Tuhan,
Lantaran diri hamba kerdil dan hina…

Syukur sungguh di hati ini,
Dikurniakan teman sejati,
Menunjuk jalan dekatiNya,
Tika diri dalam kebuntuan…

Betapa aku menghargai,
Kejujuran yang kau beri,
Mengajarku mengenal erti,
Cinta hakiki yang abadi…

Tiada yang menjadi impian,
Selain rahmat kasihMu Tuhan,
Yang terbias pada ketulusan,
Sekeping hati seorang insan,
Bernama teman…

Tribute video dan lirik UNIC untuk semua rakan-rakan yang mengenali NA. I love all of you too much 🙂

 

 

Afwan, NA

Written by

Leave a Reply