Lirik Mirwana – Cinta Bukan Mainan

Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA semua.
Cinta tak dapat diungkap dengan kata-kata. Cinta juga tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Cinta itu tersangat mahal harganya. Sebab itu, cinta bukan senang dimiliki kecuali bila kedua-dua hati saling menginginkannya.

Cinta yang suci lahir dari hati yang ikhlas dan tulus. Cinta yang suci adalah bila masing-masing dapat menerima apa adanya kebaikan juga keburukan pasangannya. Cinta itu sulit diungkapkan, tetapi mudah disakiti, dilukai, jika terjatuh pada cinta yang salah. Cinta itu bila keduanya sentiasa berusaha ke arah lebih baik dan semakin kuat rasa cinta itu pada Allah, beerti semakin kuat rasa cinta pada pasangan jua. Kerana Cinta itu Bukan Mainan. Wallahualam.

Role vc dari single terbaru Mirwana dulu. Hayati sepenuhnya erti cinta yang sebenar…

 

 

<><><><>

Terlalu mudah segalanya,
Semua diaturkan Dia,
Dan benarlah di setiap firman,
Dan inilah hakikat suratan,
Cintaku disini bersama,
Selamanya…

Bahagia melebarkan rasa,
Tiada ragu dan curiga,
Dan bersabar sementara ada,
Ku berserah walau telah nyata,
Segala janji-janjiNya,
Kalam yang indah…

Ternyata ini bukan mimpi,
Yang hadir sempurnakan erti,
Semuanya sudah terlaksana,
Ku fahami makna dan tujuan,
Cintaku bukanlah suatu permainan…

 

 

 

 

Salam sayang NA, Aina & Fakhruddin (Mahligai Kasihmu 2011 in edited manuskrip) 

Written by

7 comments / Add your comment below

Leave a Reply