Lirik Izinkan – Heliza & Hazwani Helmi

Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA. Salam ceria dan salam motivasi. Semoga anda semua berada dalam keadaan baik-baik saja hendaknya.

Kehidupan ini umpama sebuah perhitungan. Ya, perhitungan dalam mencari dan mengumpul amal kebaikan.

Setiap manusia ini tidak pernah sempurna. Semua buat silap. Semua ada khilaf masing-masing kecil atau besar. Tak perlu menuding jari pada kesalahan orang kerana sepuluh jari orang akan menuding jari pada diri kita kembali.

Setiap manusia sama di sisi Penciptanya. Dari asal (tanah) yang sama dan akan pulang jua ke tempat asalnya jua. Selagi masih bernafas ini, berbuat baiklah pada sesiapa pun tanpa mengharapkan balasan. Kerana semua ganjaran itu biar Allah saja yang kurniakan. Ikhlas dan redha saja dalam pemberian. Ikhlas tak dapat dilihat, hanya dapat dirasai dari hati. Redha pula bukan beerti menyerah, tapi apabila kita redha, sesuatu yang lebih baik akan datang tanpa disangka-sangka.

Usah mengungkit. Ditakuti segala amal pahala kita selama ini hilang begitu saja (sia-sia). Dan, jagalah aib orang sebaiknya walau dia pernah berbuat keburukan pada kita, percayalah ada ganjaran dan balasan Allah pada hamba yang menjaga keaiban meskipun orang membuka aibnya. Wallahualam…

Istighfarlah… “Astaghfirullahalazim”
Bertahmidlah…
“SubhanAllah”
Bertasbihlah…
“Alhamdulilah”
Bertakbirlah…
“Allahuakhbar”

Jom sama-sama muhasabah diri sendiri dan menjaga perhubungan sesama kita walau di mana berada. (HabluminAllah, Habluminannas)

Izinkan kita semua kelak bertemu di Syurga. InsayAllah. Orang baik-baik ini takkan terlepas dari ujian. Bersabarlah dan tabah dalam menghadapinya. La tahzan, Allah bersama sentiasa.

<><><><>

 

SubhanAllah…
Maha Suci Allah,
Alhamdulillah…
Segala puji bagi Allah,
LailahaillAllah…
Tiada Tuhan selain Allah,
Allahuakhbar…
Allah Maha Besar

Allah, Tuhanku Yang Esa,
Pemilik alam semesta,
Juga hati hamba-hambaNYA,
Alangkah indah kurnia,
Terus dapat jadi hamba,
Mengabdikan hati padaNYA…

Allah izinkanku menatap wajahmu nanti di Syurga (2x)

SubhanAllah…
Maha Suci Allah,
Alhamdulillah…
Segala puji bagi Allah,
LailahaillAllah…
Tiada Tuhan selain Allah,
Allahuakhbar…
Allah Maha Besar

Aku, kamu, kita semua,
Diberi nikmat sentiasa,
Namun kita sering terlupa,
Mari memohon dan minta,
Merayu kepada DIA,
Agar ditetapkan hati kita…

Allah izinkan kami menjadi hambamu hinggalah Syurga (2x)
SubhanAllah…

SubhanAllah…
Maha Suci Allah,
Alhamdulillah…
Segala puji bagi Allah,
LailahaillAllah…
Tiada Tuhan selain Allah,
Allahuakhbar…
Allah Maha Besar

Allah, Tuhanku Yang Esa,
Pemilik alam semesta,
Juga hati hamba-hambaNYA,
Alangkah indah kurnia,
Menjadi umat baginda,
Sebaik-baik panduan cinta…

Allah izinkan ku jalani hidup mencontohi baginda,
Allah agar ku bisa menatap wajahmu nanti di Syurga…

SubhanAllah…
Maha Suci Allah,
Alhamdulillah…
Segala puji bagi Allah,
LailahaillAllah…
Tiada Tuhan selain Allah,
Allahuakhbar…
Allah Maha Besar…….

 

Salam sayang, NA 😉

 

Written by

Leave a Reply