UNIC Seindah Sabar Lirik

Bismillah…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA. Salam Jumaat juga muslimin muslimat seantero dunia yang sentiasa mengikuti blog NA. Tq so much, terharu sangat, sobs T___T

Ujian yang datang bukan untuk ditangisi, diratapi, dipersoal kembali kenapa kita diduga seberat ini? Aku tak kuat Ya Allah, aku tak mampu nak hadapi semua ini.

Ok, sebelum tu bila seorang hamba itu ditimpa ujian misalnya jatuh sakit, jatuh miskin tiba-tiba, muflis, susah dapat kerja even belajar tinggi atau dah hadiri temuduga banyak kali tapi masih belum dapat jawapan, ahli.keluarga meninggal dan lain-lain ujian yang diberikan lagi.

Tarik nafas dalam-dalam, fikir rasional dan muhasabah diri balik. Apakah aku ini kurang berdoa pada Allah? Usaha dah tapi bab solat, doa kita buat sambil lewa saja. Tapi kan, ada yang tak solat, tak puasa, malas doa, rezeki masuk je, kenapa aku tak?

Ok, jangan banding atau tengok orang. Syurga Neraka kan ada. Mungkin Allah bagi dia kesenangan di dunia, tapi pintu hidayah tu belum sampai untuk bertaubat. Makanya, Dia bagi enjoy je sampai tak terdetik langsung hatinya untuk beramal. Tapi, dengan kita Allah uji sebab Dia nak tengok sejauh mana iman kita. Adakah makin kuat atau goyah?

Kadangkala, manusia yang kerap diuji ini bukan sebab Allah benci, tetapi sebab makin berat ujian tu, makin Dia sayang sebenarnya. Allah tak nak bagi leka dan terus hanyut dengan duniawi. Dan, adakalanya akan terdetik rasa nak putus asa dalam diri kita (trust in me, adalah sikit kan tak banyak pun) dengan dugaan hidup asbab terlalu kecewa atau sedih nak lalui terutamanya yang hidup seorang diri juga yang memang pemendam tu.

Jadinya, berlapang dada dan redha adalah jalan terbaik. Orang yang redha adalah takkan mempersoalkan balik asbab yang berlaku ini. Hati juga tidak akan resah malah rasa tenang saja. Banyakkan berzikir dan istighfar. Di sebalik istighfar itu, ada ganjaran dariNya.

Sampai sini dulu. NA tinggalkan muzik video UNIC ini untuk tatapan anda semua. Sabar itu banyak hikmahnya. Sabarlah selagi terdaya kerana sabar itu indah seperti lirik Seindah Sabar ini…

 

<><><><>

 

 

Seringkali kita tertanya,
Mengapakah kita diuji,
Silih ganti,
Tak berhenti,
Kadang kala tak terdaya…

Ada waktu kita tak mampu,
Ada waktu kita keliru,
Kita rebah,
Meratapi nasib…

Bangkitkan semula harapan kepadaNya…

 

حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول ونعم النصیر

Musibah itu hikmah,

 

حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول ونعم النصیر

Sabarlah menempuhi dugaanNya,

 

Ujian itu pengajaran,
Untuk kita renung kembali,
Dimanakah letaknya keimanan,
Fikirlah sedalamnya wahai insan..

 

حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول ونعم النصیر

Musibah itu hikmah,

 

حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول ونعم النصیر

Cukup Allah bagiku,
Sebaik-baik pembantu,

حسبنالله ونعم الوکیل نعم المول
ونعم النصیر

Khabarkan berita gembira,
Bagimu syurga (3x)

 

 

Salam sayang NA 😉

Written by

Leave a Reply