Dilema Wanita : Sahabat @ Teman Hidup?

Bismillah…

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan NA semua. Salam kemerdekaan buat Malaysia yang ke-60. Semoga Malaysia terus berada dalam keamanan dan kesejahteraan hendaknya. Amin Ya Robbalamin. Merdeka!Merdeka!Merdeka. Dan, salam aidil adha juga buat seluruh muslimin muslimat dari pelusuk negara yang menyambutnya. Allahuakhbar, Walillah Ilham…

Sebenarnya, lama tak menaip entry dan berkongsi dengan pembaca semua. Sibuk dengan kerja hakiki dan urusan peribadi lain kan. Jadinya, bila lama tak menulis ni, macam-macamlah terpendam jauh di lubuk hati, fikiran dan sama waktu dengannya.

 


 

 

Susahnya jadi NA. Bila dah berubah kepada niqabis ni, lagi banyak ujian. Pendek kata, hidup ini tak pernah lekang dari ujian terutamanya ujian cinta. Fikir positif saja. Maybe, Allah sayang NA sebab Dia tak nak NA terus lalai dengan duniawi. Dan, maybe rezeki NA luas ke arah lain namun bab cinta saja yang diuji. Husnuzon, husnuzon!

Walaupun NA masih lagi On dan Off berniqab kerana tuntutan kerja, ianya tidak mematahkan semangat NA untuk terus berniqab penuh selepas ini. Fyi, pada yang masih belum tahu bila NA mula berniqab ni atau yang masih tertanya-tanya kan, NA jelaskan pada Ramadhan June tahun ni. Alhamdulilah, syukur sangat sebab NA tak pernah menyangka akan menjadi seperti ini. Semua itu hidayah dari Allah Azza Wa Jalla. SubhanAllah, gembira campur terharu dengan nikmat kurniaannya ini… sobs T___T

Ok, kita tinggalkan dulu cerita niqabis. Berbalik kepada topik utama, Dilema Wanita : Sahabat @ Teman Hidup ? Dilema apa ni NA? Kenapa mesti sahabat atau teman hidup? Kenapa tak sahabat atau cinta? Banyak persoalan di situ kan bila sebut pasal teman hidup dan cinta. Ada bezanya.

 

 

Cinta itu terlalu luas skopnya. Boleh jadi cinta pada Allah, cinta pada ibu bapa, cinta pada keluarga, cinta pada negara dan cinta pada kekasih. Macam dalam entry sebelumnya ( Tetap Dalam Jiwa ). Pengertian cinta ini  banyak definisinya. Cinta ini suatu perasaan yang wujud dalam diri hambaNya sejak azali lagi. Bahkan pada haiwan juga. Cinta ini terlalu suci lahir dari jiwa yang tulus ikhlas. Dari cintalah timbulnya maksud cinta sejati itu. Cinta sejati datang dengan izin-NYA. Cinta sejati adalah bila dua insan hadir dan saling melengkapi, memahami, menasihati, menginspirasi serta memotivasikan pasangannya. Itulah cinta yang sebenar.

Teman hidup pula kesinambungan kepada cinta sejati itu. Macam domain. Dalam domain ada sub domain. Pekerja tetap ada pekerja kontraknya. Macam itulah pengertian teman hidup ini. Sebab apa NA masukkan teman hidup dalam topik ini. Sebab cinta dah terlalu banyak sangat. Yang namanya manusia ni memang suka sangat topik cintan cintun diutarakan, tetapi ada yang tahu, tak tahu, buat-buat tahu atau sengaja buat-buat tak ambil tahu. Sudahnya, insan-insan lemah dan mudah sekali terjerumus dengan cinta ini yang menanggung. Biasanya, muda-mudi belasan tahun. Oops, tak terlepas juga yang dewasa ea. Sebab mereka jatuh cinta bukan dengan hati, tapi dengan perasaan yang membuak-buak di dalamnya. Bila dah suka dekat seseorang, mudah sangat cair hati tu kan. Makanya, istilah teman hidup ini sangat sesuai diisukan kerana ianya lebih dekat dengan maksud dan tujuan cinta itu.

 

 

Sampai di sini saja topik kita. Sebaik-baiknya istikharahlah jalan terbaik memohon jawapan dariNYA. Dan, hanya doalah senjata mukmin yang mampu mengubah segalanya. Jadi, jangan pernah berhenti berdoa dan terus berbuat baik dengan sesiapa. Ya, walau kadang-kadang kita rasa kurang selesa dengan seseorang kan. Sebab itu, manusia ni tak sempurna. Sedangkan alim ulama, yang warak lagi diuji. Ini pula manusia marhaen macam kita. InsayAllah, sedang buat perancangan seterusnya. Tunggu dan terus ikuti perkembangan NA di kesemua media yer…

Apa pun, bila semuanya ok, NA sendiri akan mengundang jemputan nanti. Jangan tak datang tau, hehe 😉

 

Salam sayang, NA

 

Written by

2 comments / Add your comment below

Leave a Reply